Sampai bila mahu biar undang-undang lapuk?

Sampai bila mahu biar undang-undang lapuk?

UTUSAN Malaysia 23 Januari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENARIK untuk saya ulas serba sedikit tajuk akhbar Utusan Malaysia, PM: Undang-undang lapuk perlu dihapus, terbitan 23 Januari lalu.

Seingat saya, sudah terlalu banyak hal undang-undang lapuk dibincang dan dibahaskan oleh pakar-pakar undang-undang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya digubal dan dipinda sesuai dengan keadaan semasa.

Memang kebanyakan peraturan yang sedia ada di Malaysia tidak pernah disemak apatah lagi diperbaharui. Tugasan yang berat dan besar ini sudah dipertanggungjawabkan oleh rakyat kepada ahli Parlimen.

Apa yang menjadi masalah, saya perhatikan dalam kalangan ahli Parlimen sendiri prejudis untuk membawa usul supaya dipinda kerana beberapa sebab, antaranya ia akan menyekat atau ada kemungkinan peluang untuk melakukan (kesalahan) jika berlaku kepadanya atau mereka yang berkepentingan dengannya.

Cuba perhatikan pindaan yang digubal tentang politik wang, lompat parti dan terbaharu dana untuk kempen semasa pilihan raya, di mana ketegasannya? Jelas masih tidak nampak objektifnya.

Banyak lagi peraturan melibatkan denda serta kompaun yang wujud pada 1948 yang tidak sesuai dalam era kepesatan teknologi dan cabaran global dunia masa kini.

Jadi adakah Dewan Rakyat (ahli Parlimen) masih mahu menunggu lagi untuk pindaan ini?-UTUSAN

DZANMUO
Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN