Kedai makan kurang jaga kebersihan

Kedai makan kurang jaga kebersihan

MASIH ada pemilik kedai-kedai makan yang kurang memberi tumpuan dalam soal kebersihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA tertarik dengan usaha kerajaan negeri Perlis untuk menarik seramai mungkin pelancong daripada dalam dan luar negara datang melawat ke negeri ini.

Banyak tempat menarik diwujudkan untuk dijadikan destinasi kunjungan kepada pelancong apabila mereka datang ke negeri paling utara di Malaysia.

Industri pelancongan di sini amat memberangsangkan terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Dalam pada itu saya ‘teropong’ tengok masih ada pemilik kedai makan yang kurang memberi tumpuan untuk menjaga kebersihan sedangkan tempat itu untuk pelanggan menjamu selera.

Terdapat sesetengah kedai makan begitu malas untuk membersihkan lantai dalam kedai mereka.

Lebih tidak menggembirakan ada pemilik kedai makan menghisap rokok dalam kedai menyebabkan menjadi ikutan pelanggan.

Begitu juga dengan pakaian pekerja di sesetengah kedai makan dilihat memakai pakaian agak comot, tidak sesuai untuk menerima pelanggan.

Saya tidak bermaksud semua kedai makan di Perlis berkeadaan sedemikian, tetapi jika terdapat sedikit sahaja kedai makan yang kotor ia akan menjejaskan nama Perlis.

Sehubungan itu saya ingin menyarankan supaya Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memperkenalkan semula apa yang pernah dibuat beberapa tahun lalu dengan memberi gred tahap kebersihan di kedai makan di negeri ini.

Stiker gred kedai-kedai terbabit mesti dipamerkan dalam kedai supaya dapat dilihat dan dinilai oleh pelanggan.

Semoga teguran saya ini dapat difahami untuk kebaikan bersama, bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak.-UTUSAN

TEROPONG ANAK PERLIS
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN