MASUK akal apabila pengguna mempertikaikan kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. Setiap kenaikan seperti elektrik akan menambah tekanan kepada pengguna. Walaupun kerajaan menyatakan kenaikan itu menyasarkan pengguna industri dan bukan isi rumah, namun pengguna lain tetap merasa kesannya.
Peniaga berkemungkinan terpaksa ‘menelan’ peningkatan kos dengan menaikan harga produk atau perkhidmatan kepada pengguna.
Disebabkan ini, saya syorkan pengguna mengambil berat penggunaan elektrik dengan melakukan penjimatan dengan cekap. Antaranya melalui:
- Melabur dalam peralatan berkadar Tenaga Lima Bintang
Penarafan Tenaga Lima Bintang menggunakan 43 peratus kurang tenaga elektrik dan menjimatkan isi rumah kira-kira RM62 setahun. - Membeli penghawa dingin yang betul dan menyelenggaranya secara berkala
Kebanyakan pakar akan mengesyorkan menetapkan suhu antara 24 dan 26 darjah Celsius. Penting juga untuk memeriksa perkakas Penarafan Cekap Tenaga (EER), lebih banyak bintang bermakna penjimatan tenaga yang lebih baik. - Memasang panel solar
Pemasangan panel solar boleh menjimatkan kira-kira RM280 sebulan di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) kerajaan yang melibatkan kontrak 10 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB). - Keringkan pakaian di luar rumah
Ini membantu mengurangkan penggunaan tenaga. - Matikan alur keluar kuasa apabila meninggalkan rumah
Tanggalkan plug untuk mengelakkan risiko litar pintas. - Berlari di luar
Jika anda berlari di atas treadmill selama sejam sehari, ini akan menambah sehingga 255kWj setahun atau RM61.97. - Selenggara peralatan elektrik
Penting untuk selenggara peralatan elektrik kerana ia membantu menjimatkan tenaga dan memastikan barangan elektrik berfungsi dalam jangka masa panjang. Anda juga digalakkan menggantikan peralatan lama kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga.-UTUSAN
BULBIR SINGH
Bekas Presiden
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan










