Sediakan ruang solat lebih selesa di tempat awam

Sediakan ruang solat lebih selesa di tempat awam

USAHA memartabatkan syiar Islam seharusnya dapat dipertingkatkan lagi termasuk menyediakan ruang solat lebih selesa di pasar raya dan pusat beli belah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pengurusan Menara Kuala Lumpur yang mengambil inisiatif menerusi idea kreatif apabila latar belakang menara berkenaan bertukar hijau apabila tiba masuk waktu Magrib dan Isyak di Kuala Lumpur serta kawasan sewaktu denganya.

Saya amat berharap idea ini turut diikuti oleh pengurusan menara lain termasuk Menara Alor Setar, Kuantan 118 dan lain-lain lagi. Malah hotel-hotel yang berdiri megah di tengah-tengah bandar raya sewajarnya turut berbuat demikian terutamanya menjelang bulan Ramadan.

Usaha memartabatkan syiar Islam seharusnya dapat dipertingkatkan lagi termasuk menyediakan ruang solat lebih selesa di pasar raya sepertimana dapat dilihat di IOI City Mall, malahan pelanggan lelaki beragama Islam tidak perlu lagi tergesa-gesa meninggalkan pasar raya tersebut kerana mendapat kelulusan melaksanakan solat Jumaat. 

Maka tempoh keberadaan yang lebih lama di pusat membeli-belah sebenarnya akan menguntungkan pasar raya kerana pelanggan berpotensi membeli belah secara lebih selesa dan santai bukannya tergesa-gesa mencari tempat di luar untuk menunaikan Solat Jumaat.  

Semua pihak tidak seharusnya hanya memikir keuntungan perniagaan semata-mata tetapi juga pulangan sosial kepada anggota masyarakat. Saya yakin pulangan sosial sebagaimana inisiatif yang dilakukan oleh Pengurusan Menara Kuala Lumpur dan IOI City Mall memberi keuntungan ekonomi memandangkan pihak berkenaan telah menyediakan perkhidmatan sebagaimana diperlukan. Ia memberi manfaat kepada komuniti dan rakan perniagaan.

HAMBA ALLAH

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN