MENURUT Pangkalan Data Trauma Kebangsaan Malaysia, hampir 80 peratus kes trauma berpunca daripada kemalangan jalan raya, dengan 64 peratus kejadian melibatkan kecederaan otak traumatik (KOT). Keadaan ini semakin membimbangkan apabila kadar kemalangan jalan raya melonjak daripada kira-kira 370,000 kes pada 2021 kepada 545,585 pada 2022. Ia terus meningkat kepada 598,635 pada 2023. Angka tersebut lebih tinggi daripada yang pernah dicatatkan sebelum pandemik. KOT boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu KOT…









