Perlu sijil halal sebelum mohon lesen berniaga?

Perlu sijil halal sebelum mohon lesen berniaga?

PENJELASAN tuntas dan menyeluruh perlu diberikan pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMOHONAN pensijilan halal Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) pada masa ini masih bersifat sukarela. Ia terbuka kepada industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia dan tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon pensijilan halal.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September 2024 bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan Jakim dan MAIN/JAIN adalah bersifat sukarela.

Dasar ini terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia serta perundangan yang berkuat kuasa. Malah, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang sijil melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal.

Jakim dan pihak berkuasa agama negeri-negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon SPHM dan dalam masa sama, menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi pembimbing di peringkat persekutuan dan negeri. Sebagai pemegang SPHM, ia akan memberi jaminan kualiti kepada produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan dan nilai tambah kepada perniagaan dalam memperluaskan pasaran.

Berhubung tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki SPHM adalah antara usaha promosi bagi meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbiran PBT berkenaan.

Jakim berharap agar penjelasan yang tuntas dan menyeluruh dapat diberikan oleh pihak berkuasa tempatan berkaitan pelaksanaan dasar baharu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai.-UTUSAN

DATUK DR. SIRAJUDDIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN