Pantau keadaan pelajar Malaysia di Los Angeles

Pantau keadaan pelajar Malaysia di Los Angeles

SERAMAI 14 orang pelajar Malaysia daripada University of California, Los Angeles (UCLA) terkesan akibat kebakaran besar kerana tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEJABAT Pendidikan Malaysia Los Angeles (EMLA) sentiasa memantau perkembangan terkini di Los Angeles dan telah melaksanakan inisiatif pengesanan pelajar. Sehingga kini, pelajar yang terkesan adalah seramai 14 orang daripada University of California, Los Angeles (UCLA) kerana berhampiran dengan lokasi kejadian kebakaran tersebut.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pejabat Consul General (CG) di Los Angeles juga telah bersetuju untuk memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan evakuasi sekiranya perlu melalui penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai rumah perlindungan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada arahan evakuasi yang dikeluarkan oleh pihak UCLA kepada pelajar-pelajar tersebut. Setakat ini, keadaan pelajar dalam keadaan baik dan mereka akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.

Sehubungan dengan itu, KPT ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U. Pelajar amat digalakkan untuk mengemaskini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi kementerian bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat.

Sekiranya berlaku sebarang insiden, sila berhubung dengan pejabat Education Malaysia Los Angeles di talian +1 (626) 879-4923 dan alamat [email protected] untuk sebarang maklumat dan tindakan selanjutnya. Sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.-UTUSAN

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN