ISU keselamatan dan pelanggaran undang-undang jalan raya seolah sudah sebati dengan rakyat negara ini.
Sikap ego dan sentiasa mahu menang menyebabkan kita menyukarkan pengguna lain sehingga ada yang beranggapan jalan raya tidak lagi selamat kerana nyawa kita boleh ‘melayang’ pada bila-bila masa sahaja.
Malah, ramai di antara kita buat tidak tahu apabila ada kerosakan jalan, lampu isyarat dan sebagainya tetapi dalam masa sama merungut tanpa sebarang tindakan.
Pernahkah kita terfikir kenapa saiz laluan kecemasan lebih kecil daripada laluan lain? Adakah penghalang keselamatan itu mempunyai size yang standard, product (QC) atau kekuatan impak jika digunakan? Adakah kita prihatin apabila sesuatu jalan itu bergelap tanpa lampu dan sebagainya?
Jadi, mungkin tiba masa pengguna perlu mengubah cara pemikiran dengan mengambil tahu setiap yang berlaku sepanjang perjalanan. Ini kerana setiap pengguna harus dipersalahkan jika gagal menjaga isu keselamatan.-UTUSAN
HAMBA YANG GUNA JALAN RAYA
Kuala Lumpur










