SAYA ingin mengulas mengenai fahaman atau ajaran sesat yang menjadi isu panas sejak mutakhir ini.
Pada pandangan saya, sepatutnya umat Islam di seluruh negara diberi fahaman serta penjelasan secara tepat dan juga terperinci mengenai kedudukan Islam yang sebenar-benarnya.
Khutbah Jumaat dilihat sebagai saluran terbaik bagi menyampaikan intipati penting demi kebaikan masyarakat umat Islam. Ini kerana khutbah Jumaat menjadi satu-satunya medium komunikasi sehala setiap minggu bagi umat Islam untuk mendengar teguran, nasihat, amanat dan pesanan yang menyentuh pelbagai isu serta perkara.
Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT, ia bukan ciptaan manusia maka, dengan itu Islam tidak boleh disamakan dengan agama agama lain, begitu juga sebaliknya.
Kedua berkaitan perintah solat lima waktu. Ia adalah kewajipan mutlak tidak kira ketika sihat atau sakit kepada pencipta. Allah yang menciptakan siang dengan malam, semua makhluk yang bernyawa atau tidak, sebab itu kita wajib membuktikan sifat Ubudiyyah terhadap Allah.
Maka dengan itu, diharapkan semua umat Islam dapat memahami agama Islam secara lebih mendalam serta mengukuhkan iman seseorang sepanjang masa agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang boleh menyesatkan atau memesongkan pemikiran.-UTUSAN
TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang










