Kawal pembangunan di tanah tinggi

Kawal pembangunan di tanah tinggi

PEMBANGUNAN di kawasan tanah tinggi di Cameron Highlands dan Bentong sudah sampai ke tahap tepu atau hampir padat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBANGUNAN di tanah tinggi seperti tiada petanda untuk berhenti bahkan semakin rancak. Sepatutnya sudah tiba masa pembangunan besar-besaran dihentikan terus atau secara sementara untuk tempoh 30 hingga 50 tahun.

Alasan pertama kerana beberapa daerah di Cameron Highlands, Bentong, Raub dan Lipis sama ada seluruh atau sebahagian muka buminya berada di kawasan tanah tinggi di puncak Banjaran Titiwangsa. Sudah pasti bahagian hulu anak sungai di daerah ini berada di puncak banjaran dan aliran air hujan, mendapan tanah serta pasir secara semula jadi akan mengalir masuk ke anak sungai.

Kebanyakan anak sungai menghalir ke hiliran, kemudiannya ke Sungai Pahang.

Sebahagian air hujan di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa dan puncak yang tinggi akan mengalir ke Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Maka, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Pekan akan menerima aliran air dari empat daerah tersebut dengan jumlah yang banyak lalu menyebabkan banjir.

Kedua, pembangunan di kawasan tanah tinggi di Cameron Highlands dan Bentong sudah sampai ke tahap tepu atau hampir padat. Ini menjejaskan ekosistem alam semula jadi yang menjejaskan udara nyaman yang sejuk di kawasan itu.

Ketiga, ia juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya apabila terlalu banyak pembinaan. Oleh itu, memadai dan sudah mencukupi kemudahan hotel, penginapan sedia ada.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN