Bantu masyarakat tangani gangguan seksual

Bantu masyarakat tangani gangguan seksual

PELUANG kolaborasi dengan rakan strategik perlu diperluaskan agar dapat meningkatkan usaha pencegahan dan kesedaran gangguan seksual dalam komuniti secara keseluruhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEHINGGA Disember tahun lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima sebanyak 28 aduan gangguan seksual yang telah difailkan di Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS).

Daripada 28 aduan difailkan itu, sebanyak 10 aduan telah selesai didengar dan diberikan keputusannya.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menerima sebanyak 506 kes gangguan seksual pada 2021 dan sedikit penurunan pada 2022, iaitu kepada 488 kes.

Walau bagaimanapun bilangan kes meningkat semula kepada 529 kes pada 2023 dan 666 kes pada 2024 (sehingga Oktober). Jumlah kes yang dilaporkan ini melibatkan lelaki dan wanita.

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyediakan kaunter perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang merupakan pusat rujukan khusus kepada kumpulan sasar KPWKM seperti wanita, kanak-kanak, keluarga, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menerusi kaunter ini, komuniti setempat berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan psikososial yang holistik di satu tempat. Inisiatif ini juga membolehkan komuniti mengemukakan aduan sekali gus memudahkan akses secara terus kepada pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KPWKM dan rakan strategik YKN melalui aplikasi MyPSSS.

Perkhidmatan kaunseling secara bersemuka turut ditawarkan kepada pihak yang berkaitan. Diharapkan ia akan mendekatkan warga kementerian dengan komuniti tempatan selain turut membuka lebih banyak peluang kerjasama dengan rakan strategik agar dapat meningkatkan usaha pencegahan dan meningkatkan kesedaran gangguan seksual dalam komuniti secara keseluruhannya.-UTUSAN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN