Ke kedai kurang 10 minit tetapi perlu bayar parkir MPKJ

Ke kedai kurang 10 minit tetapi perlu bayar parkir MPKJ

PENDUDUK di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor perlu membayar caj tempat letak kereta bermula 1 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK awal bulan November lalu, penduduk di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor perlu membayar caj tempat letak kereta.

Peliknya, kenapa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) perlu mengenakan bayaran sedangkan lokasinya di kawasan perumahan? Logikkah untuk membeli barang di ‘kedai acheh’ atau pasar raya mini yang selalunya mengambil masa kurang daripada 10 minit, perlu dikenakan bayaran tempat letak kereta di kawasan Suasana, Suarasa dan Suadamai.

Memang benar ada beberapa gerai makanan tetapi ia bukanlah kawasan komersial yang padat, mempunyai bank atau sebagainya. Selain kedai, di situ juga banyak pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah tadika. Jadi, apa logik dikenakan bayaran?

Yang mencurigakan kawasan komersial di Bandar Mahkota Cheras pula nampaknya pihak MPKJ tutup sebelah mata, membiarkan peniaga meletakkan meja dan kerusi di kawasan tempat letak kereta seawal pukul 4.30 petang sehingga menyukarkan orang lain yang mahu berurusan terutama untuk mengambil anak daripada sekolah sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sudah banyak aduan dibuat tetapi tiada perubahan sehingga hari ini.-UTUSAN

PENDUDUK RENGSA
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN