Adakah kita mahu menjadikan Malaysia, Bangladesh kedua?

Adakah kita mahu menjadikan Malaysia, Bangladesh kedua?

WARGA Bangladesh semakin bertambah di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERLALU ketara kebanjiran pekerja Bangladesh ketika ini. Di mana sahaja melangkah, ke mana sahaja pergi, kelibat golongan ini banyak sekali.

Seperti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), penuh dengan warga Bangladesh. Begitu juga di bandar atau kampung. Ada pula dalam kalangan mereka ini mengusahakan kebun sayur.

Usah kata suasana di Kuala Lumpur, bahkan di Kota Bharu, Kelantan juga pada hujung minggu sudah seperti negara asing, sudah ada mini Dhaka sendiri. Bila sudah ramai dan bekerja terlalu lama di sini, mereka mengambil peluang membuka kedai runcit, restoran dan pelbagai perniagaan seolah-olah seperti duduk di negara sendiri.

Hairanlah bagaimana pihak berkuasa tidak nampak aktiviti mereka yang semakin berkembang sedangkan rakyat yang memerhati tertanya-tanya.

Selalunya mereka akan buka perniagaan di hentian bas. Kenapa Jabatan Imigresen tidak usir sahaja warga asing yang menyalahgunakan permit untuk membuka kedai? Kenapa pekerja Bangladesh seolah-olah bebas bekerja di apa juga sektor.

Bukan setakat bekerja tetapi mereka ini bijak mengatur hidup dengan bernikah dengan wanita Malaysia supaya senang berniaga.

Adakah lambakan melampau sejak akhir-akhir ini ada kena mengena dengan sindiket jual beli kuota atau sindiket A to B seperti didedah sebuah portal? Benarkah warga Bangladesh boleh membuka syarikat dan mendapat kuota pekerja asing?

Janganlah gelap mata kerana wang hingga sanggup menggadai masa depan anak cucu di masa hadapan. Orang luar pula kaya raya apabila menjadi ejen pekerja asing sampai boleh membuka pelbagai perniagaan sementara rakyat kita pula bekerja dengan warga asing.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tolonglah lakukan siasat secara menyeluruh berkaitan kebanjiran warga asing dan peranan ejen yang membawa masuk golongan ini. Mahukah kita melihat Malaysia berubah menjadi Bangladesh kedua?-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN