SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, pastinya penduduk di beberapa negeri sudah bersedia menghadapi ‘musim’ banjir pada akhir tahun.
Biasanya di kebanyakan tempat yang dilanda banjir, air akan ‘naik’ sehingga dua kaki. Ekoran itu, pentingnya penggunaan pintu dan beg tebatan banjir.
Kedua-duanya sangat berguna untuk mencegah air memasuki rumah sekali gus dapat menyelamatkan peralatan eletrik dan perabot daripada rosak akibat banjir.
Lagipun ia amat berbaloi dengan harga dan tidak mahal berbanding membaiki serta menanggung kerugian yang besar akibat bencana banjir.
Sebagai tambahan, sekiranya menginap di rumah jenis papan, maka digalakkan memasang plat aluminium pada dinding supaya tidak memasuki air.
Walaupun banyak kali cadangan ini disuarakan, namun saya menyedari majoriti rakyat Malaysia masih tidak cakna dengan kelebihan pintu dan beg tebatan banjir.
Oleh itu, menjadi peranan pengamal media untuk menguar-uarkannya melalui semua platform yang ada termasuk di media elektronik.-UTUSAN
CH.SYAM
Pancor Jaya, Seremban










