Reformasi sektor awam luar biasa

Reformasi sektor awam luar biasa

PENJAWAT awam perlu berubah, tidak tertumpu satu kerja dan kemahiran sahaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 1 Disember nanti, satu lagi islah atau reformasi dilaksanakan kerajaan dalam Sistem Saraan Sektor Awam (SSPA). Ia satu sejarah baharu saraan perkhidmatan awam melibatkan seramai 1.6 juta penjawat awam dengan anggaran perbelanjaan kerajaan RM10 billion.

Pada tarikh tersebut tidak wujud lagi gred 18 ke bawah dalam sektor awam yang dikluster semula di bawah SSPA kepada H1 pekerja am bagi golongan terbawah.

Gred gaji penjawat awam disusun semula dengan gred satu hingga 14 dan penjumudan 23 skim perkhidmatan serta dinaikan gred atau berpindah ke skim lain.

Perjuangan untuk semua penjawat awam bermula dengan gred 19 mengguna pakai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui fasa perjuangan yang panjang sebelum ini.

Perubahan ini berjaya dilaksanakan pada era pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Kongres Kesatuan Pekerja Sektor Awam (CUEPACS) sudah lama memperjuangkan cita-cita murni ini. Alhamdulillah kali ini berjaya direalisasikan kerajaan.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan kenaikan gaji pada 2007 dengan menaikan 40 peratus gaji bagi gred 40 dan ke bawah, 15 peratus bagi gred 41 hingga 54 dan lima peratus untuk gred Jusa C ke atas namun waktu itu tidak ubah struktur skim perkhidmatan awam. Kemudian pada 2012, kerajaan memberi sekali lagi kenaikan mata gaji tahunan.

Keadaan ini menyebabkan gaji kumpulan sokongan menyamai atau melebihi gaji gred pengurusan dan profesional serta amat tidak harmoni dalam struktur gaji penjawat awam.
Misalnya pegawai gred 40 gajinya lebih tinggi daripada pegawai 41 dan 44.

Impak kali ini sangat besar dengan kerajaan memberi tumpuan untuk membela nasib kumpulan ini selaku hirarki terbawah.

Justeru, penjawat awam perlu berubah, tidak tertumpu satu kerja dan kemahiran, sebaliknya lakukan pelbagai kerja, tidak berbaris di depan mesin perakam waktu sebelum waktu pulang, elakan hantar serta jemput pulang anak sekolah dan hantar isteri pergi terapi ataupun abaikan tugas hakiki supaya tidak menjadi halangan kepada penyampaian perkhidmatan penjawat awam.

Sampai masanya penjawat awam perlu berubah jika tidak mahu diubah.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN