Perkasa pendidik melalui alat teknologi

Perkasa pendidik melalui alat teknologi

INI bukan sahaja meningkatkan kreativiti guru sebagai pendidik, tetapi juga membantu mereka lebih efisien dalam menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan efektif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKOLAR Next Level ialah inisiatif yang dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia bagi menyebar luas akan pentingnya kemahiran digital dalam dunia pendidikan moden.

Selaras dengan dasar pendidikan digital teras kedua iaitu Pendidik Kompeten Digital bagi merapatkan lagi jurang digital dan juga Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) keempat iaitu kualiti pendidikan bagi memperkasakan para pendidik.

Penganjuran Program Skolar Next Level: Educators with Canva and ChatGPT (SNL) oleh Skolar Malaysia dengan kerjasama Pusat e-Pembelajaran (PEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sawit Kinabalu Group dilihat mampu memberikan pendedahan mengenai penggunaan teknologi Generative AI (kecerdasan buatan) dan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program SNL ini menghimpunkan seramai 200 orang pendidik daripada pensyarah, guru, pelajar sepanjang hayat (life-long learners) dan jurulatih daripada seluruh pelusuk negeri Sabah.

Usaha dan sinergi antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan pelajar dan murid yang peka terhadap penggunaan teknologi pembelajaran terkini.

Melalui program SNL para pendidik dapat mempraktikkan teknologi seperti ChatGPT dalam penyediaan bahan pengajaran serta Canva dalam menyediakan idea dalam bentuk visual yang lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.

Ini bukan sahaja meningkatkan kreativiti guru sebagai pendidik, tetapi juga membantu mereka lebih efisien dalam menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan efektif.

Diharapkan program Skolar Next Level dapat membuka peluang baharu untuk warga pendidik di Sabah khususnya dalam mempercepatkan pembelajaran teknologi.

Melalui program ini, para pendidik bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran yang relevan untuk era digital, tetapi juga dapat membangunkan minda yang inovatif dan kreatif bagi mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. – UTUSAN

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN