Letak CCTV di tempat pembuangan sampah tidak relevan

Letak CCTV di tempat pembuangan sampah tidak relevan

TERDAPAT ura-ura Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi pembuangan sampah di kawasan perumahan sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang dalam usaha mengurangkan sampah baki di kawasan perumahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SECARA peribadi, saya menyambut baik dan menyokong penuh usaha Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengadakan aktiviti gotong-royong mega Datuk Bandar bersama penduduk terutamanya di kawasan taman perumahan sekitar Seberang Perai Utara.

Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini untuk memastikan persekitaran kawasan bersih dan sihat.

Kebetulan lokasi aktiviti tersebut tidak berapa jauh dari rumah dan kesempatan itu saya ambil peluang untuk mendapatkan maklumat secara dekat dan bertanya kepada seorang ahli majlis MBSP tentang sisa di punca iaitu sampah baki dan bahan yang boleh dikitar semula.

Persoalan itu diajukan memandangkan dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi, Pulau Pinang sudah tidak dapat menampung keperluan menguruskan pembuangan sampah.

Lagipun bebanan kos pengurusan pembuangan sampah pada masa akan datang dijangka meningkat lebih tinggi. Makanya, sebarang usaha untuk mengurangkan sampah baki sedang giat dijalankan oleh MBSP dengan turut melibatkan komuniti dan penduduk seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau pihak-pihak berkaitan.

Selain mengatur aktiviti seumpama ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi kesedaran kepada penduduk terlibat agar mematuhi garis panduan mengasingkan sisa di punca bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Dalam pada itu saya juga terdengar ura-ura MBSP sedang merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi pembuangan sampah di kawasan perumahan dengan tujuan memudahkan pihaknya mengenalpasti pelaku yang melakukan kesalahan.

Sepatutnya CCTV itu perlu dipasang di persimpangan lampu isyarat berbanding di lokasi pembuangan sampah kerana ia lebih memberi kesan kepada penduduk ekoran melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya, keselamatan dan nyawa penduduk. –UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN