MASALAH lembu berkeliaran yang menyebabkan kerosakan tanaman, ancaman keselamatan dan pencemaran persekitaran di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang berlarutan lebih setahun. Aduan rasmi dibuat pada 14 November 2023 dan 9 Julai lalu, namun tiada penyelesaian konkrit daripada pihak berwajib. Walaupun pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dua minggu lalu, lembu-lembu ini terus berkeliaran, merosakkan tanaman, mencemarkan persekitaran dengan najis bertaburan di atas jalan serta mengundang bahaya kepada penduduk. Masalah ini…










