GERAKAN berpendapat definisi subsidi pendidikan perlu dilihat dari perspektif bantuan pendidikan dan bukannya biasiswa. Adalah langkah yang dialu-alukan jika Kerajaan Madani ingin bersikap tegas dalam pemberian bantuan pendidikan kepada mereka yang benar-benar layak, namun dalam proses ini kerajaan tidak sepatutnya menghukum sekelompok pelajar cemerlang, yang bertungkus-lumus untuk mencapai posisinya, hanya kerana mereka dari keluarga kaya, dengan menafikan biasiswa pendidikan. Biasiswa pendidikan perlu dilihat sebagai penghargaan kepada usaha seorang pelajar yang…