Tekad murni kerajaan perkasa penjawat awam

Tekad murni kerajaan perkasa penjawat awam

PELAKSANAAN Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) memberi manfaat kepada penjawat awam yang memilih skim pencen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SISTEM  Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)  yang akan dilaksanakan pada 1 Disember ini bakal menggembirakan 1.6 juta penjawat awam. Tekad murni kerajaan buat pertama kali dalam sejarah negara mempertingkatkan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan awam dengan menerapkan nilai-nilai teras serta kearifan baharu jentera kerajaan secara menyeluruh.

Langkah berani kerajaan ini, meningkatkan motivasi, prestasi dan produktiviti dalam kalangan penjawat awam melalui falsafah ganjaran yang lebih menyeluruh gaji, elaun, kemudahan dan faedah persaraan.

Penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan mengatasi ketidakseragaman dalam skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Ini termasuk pengenalan jadual gaji minimum-maksimum yang lebih seragam dan penetapan kelayakan masuk minimum pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia 

Dalam konteks ini, skim perkhidmatan tertentu  dijumudkan atau dinaik taraf untuk memastikan penjawat awam memiliki kelayakan dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan semasa.

Penjawat awam diseru  menerima opsyen SSPA  untuk menikmati manfaat daripada pelarasan gaji serta struktur gaji yang lebih baik. Mereka yang menolak opsyen ini akan kekal struktur gaji lama dan tidak layak untuk pelarasan gaji atau kenaikan tahunan yang baharu. 

Selain itu berita gembira kepada penjawat awam yang tergolong dalam skim perkhidmatan yang dijumudkan menjalani proses pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang baharu.

Penjawat awam yang dilantik pada 1 Disember 2024  tertakluk kepada struktur gaji dan syarat perkhidmatan baharu dan layak untuk mendapat pelarasan gaji.

Sementara bagi mereka yang memilih skim pencen tetapi tidak menerima opsyen SSPA, tidak akan menikmati pelarasan gaji sebaliknya,  kekal di bawah struktur gaji lama secara Khas Untuk Penyandang. Ini bermakna, sebarang perubahan yang berlaku dalam struktur gaji SSPA tidak akan memberi kesan kepada mereka yang tidak menerima opsyen tersebut.

Penjawat awam yang memilih skim pencen layak  menerima faedah persaraan berdasarkan perkhidmatan  tetapi jumlah faedah mungkin berdasarkan gaji akhir.

Pelarasan gaji yang dilaksanakan di bawah SSPA boleh meningkatkan jumlah pencen yang diterima jika menerima opsyen tersebut.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan SSPA memberi manfaat kepada penjawat awam yang memilih skim pencen dengan syarat mereka menerima opsyen di bawah skim ini. 

Mereka akan menikmati pelarasan gaji dan struktur gaji yang lebih baik selain dapat meningkatkan faedah pencen.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN

Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN