Selesaikan masalah banjir, lambakan warga asingdi Selangor

Selesaikan masalah banjir, lambakan warga asing di Selangor

PIHAK berkuasa perlu segera mengatasi pelbagai masalah yang ‘menghantui’ di Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali hujan di Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Kemuning Greenville dan Seksyen 32 Shah Alam akan juga berlaku banjir kilat. Saya meninjau di setiap kawasan Jalan Kebun dan mendapati selain penduduk membuang daun, sampah, terdapat juga banyak pokok kiambang dan pelbagai rumpai lain yang tumbuh dalam longkang. Mohon pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat siasatan.

Di Seksyen 19 Shah Alam, berdekatan klinik kesihatan makin bertambah penjaja yang berniaga tanpa membayar sewa atau utiliti di kawasan parking kereta. Walaupun kerajaan membina rumah kedai, sia-sia sahaja kerana penjaja memilih untuk berniaga secara percuma. Mohon pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerana sudah banyak kali aduan dibuat namun tiada tindakan sitaan oleh pihak bertanggungjawab.

Mohon pihak Pejabat Daerah Dan Tanah di Selangor turun padang terutama di kawasan flat, pangsapuri serta kawasan pejabat di Ara Damansara yang mana terdapat peniaga yang meniaga secara tetap atas tanah kerajaan. Mereka meletakkan khemah berdekatan dengan bangunan Symphony atau bangunan Aegis, seolah-olah tanah milik mereka.

Di belakang Petronas Teluk Panglima Garang, terdapat rumah wakaf Darul Syifa, di sebelah bangunan itu terdapat banyak rumah kosong yang dibina di tepi jalan. Di sebelah rumah-rumah kosong itu terdapat bangunan dua tingkat yang menjadi tempat tinggal warga asing seperti Bangladesh, Nepal , India , Indonesia dan sebagainya.

Penduduk tempatan berdekatan asrama itu menyewakan kedai runcit kepada warga asing. Di sebelah kedai runcit pula terdapat restoran mamak yang baru dibuka. Bagaimana warga India boleh membuka sebuah restoran yang begitu besar lengkap kawasan meletak kenderaan di atas tanah rizab Melayu. Mohon siasat perkara ini. Kerisauan timbul sekiranya wujud unsur-unsur rasuah.-UTUSAN

AMEERA
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN