SENI batik bermula dengan lukisan pada kain putih menggunakan pensil, canting diisi dengan lilin cair untuk melukis semula pada kain, dan proses mewarna. Aktiviti seni batik boleh diketengahkan kepada kanak-kanak seawal peringkat tadika. Aktiviti seumpama ini dilihat positif kerana ia dapat mengasah kemahiran kreativiti dan daya fokus mereka. Apabila kanak-kanak ini diberi peluang untuk mencanting batik, sudah pasti keterujaan untuk melakukannya adalah tinggi. Tambahan lagi, tidak mudah bagi mereka memperoleh…