Gunakan formula menang bersama

Gunakan formula menang bersama

FORMULA Menang Bersama bukan sahaja mengelakkan sebarang konflik dalaman, malah berpotensi untuk mengukuhkan perpaduan di semua peringkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMENANGAN berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota adalah manifestasi jelas sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ia mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pertumbuhan ekonomi yang pesat, lonjakan pelaburan, pengukuhan kebajikan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan.

Bagi memperkukuh kesinambungan ini, Angkatan Muda Harapan mencadangkan Formula Menang Bersama yang memastikan setiap keputusan diambil dengan mempertimbangkan manfaat serta kesejahteraan semua pihak dalam kerajaan, tanpa menafikan peranan mana-mana komponen gabungan.

Kepimpinan Kerajaan Perpaduan perlu memperhalusi formula ini dan menjadikannya sebagai dasar pelaksanaan di semua peringkat pentadbiran, seperti yang telah berjaya dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Formula ini bukan sahaja akan mengelakkan sebarang konflik dalaman, malah berpotensi untuk mengukuhkan perpaduan di semua peringkat, baik di negeri mahupun Persekutuan.

Ini selaras dengan saranan Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, agar formula jalan tengah diwujudkan untuk memperkukuh kesinambungan kerajaan dan memastikan setiap komponen diberikan peranan yang sewajarnya.

Dengan menginstitusikan dasar ini di semua peringkat, kami yakin Kerajaan Perpaduan dapat memperkukuh perpaduan, menstabilkan politik dan mengekalkan keyakinan rakyat.

Sinergi ini, jika diperkukuhkan, akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, taraf hidup rakyat yang lebih baik serta negara yang lebih harmoni dan madani.-UTUSAN

AMMAR ATAN
Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN