KESIHATAN mental di tempat kerja semakin mendapat perhatian di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994), majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja termasuk kesihatan mental. Tekanan di tempat kerja adalah salah satu punca utama masalah kesihatan mental. Beban kerja berlebihan, ketidakpastian tentang masa depan pekerjaan dan konflik di tempat kerja semuanya menyumbang tekanan yang boleh membawa kepada keletihan melampau. Di bawah…