Terus suburkan patriotisme selepas 16 September setiap tahun

Terus suburkan patriotisme selepas 16 September setiap tahun

SEMANGAT patriotisme perlu terus disuburkan secara berterusan selepas 16 September setiap tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMBUGARAN patriotisme perlu terus berkesinambungan dan tidak terhenti selepas berakhirnya sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia saban tahun. Semangat cintakan negara seharusnya terus membara dalam jiwa setiap warganegara.
Kepelbagaian kaum dan budaya masyarakat Malaysia adalah suatu kekuatan serta pemersatu.

Bangsa Malaysia yang dihasratkan bukan merupakan isu baharu meskipun mungkin tidak disedari oleh sesetengah orang. Tun Abdul Razak Hussein ketika merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16 Ogos 1971, menegaskan Perlembagaan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah strategi jangka panjang untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

Integrasi sebagai proses dinamik perlu diperkasakan bagi merapatkan jurang masyarakat khususnya melibatkan negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Integrasi antara wilayah perlu dirapatkan sebagai medium penyatuan memupuk perpaduan nasional.

Sistem pendidikan perlu berperanan untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan, mempunyai jati diri yang kukuh, cintakan negara dan bersatu untuk memberi sumbangan membangunkan negara.

Aspek pendidikan dan kokurikulum perlu berfungsi sebagai alat untuk menerapkan sikap serta nilai yang mendukung kepada pencapaian perpaduan negara. Tumpuan khusus juga perlu dalam soal pembinaan negara bangsa dan sejarah negara. Hal yang demikian memerlukan akses berinteraksi dan memperkembangkan bakat serta potensi diri kepada semua pelajar pelbagai kaum.

Persefahaman dari segi politik perlu sebagai landasan kepada pemerintahan dan pentadbiran negara. Ini akan memastikan keamanan dan keharmonian antara kaum dapat diwujudkan serta dikekalkan.

Rukun Negara berfungsi sebagai tiang seri untuk menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira ras dan keturunan. Justeru, kerjasama dan sumbangan semua warganegara dalam mempertahankan serta memaknai erti kemerdekaan adalah wajib.

lakkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan citra peradaban negara. Suburkan patriotisme demi negara selagi nyawa dikandung badan. Jiwa merdeka yang dimiliki perlu berupaya menjadi tunjang kesepaduan secara berterusan bagi memacu patriotisme dan mewujudkan jati diri rakyat Malaysia.

Demi negara, suburkan patriotisme secara berterusan selepas 16 September setiap tahun.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHAMED ALI HANIFFA
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN