TIDAK semua negeri dapat menghantar kontinjen yang lengkap untuk bertanding dalam semua acara di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 kerana masalah tertentu. Masalah utama melibatkan kos pengangkutan. Untuk itu, saya ingin mencadangkan agar Sukma 2026 nanti, pihak penganjur menambah satu kontinjen berkecuali selain kontinjen negeri, seperti mana yang dilakukan oleh penganjur Sukan Olimpik. Mereka menamakannya kontinjen pelarian. Kontinjen berkecuali di Sukma 2026 boleh dinamakan Kontinjen Atlet Berkecuali Sukma ataupun kalau inginkan…