Keputusan PRK Nenggiri tanda rakyat mahu perubahan

Keputusan PRK Nenggiri tanda rakyat mahu perubahan

KEMENANGAN UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri merupakan titik kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN). – UTUSAN/ KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah satu amanah dan tanggungjawab besar untuk beliau membawa suara masyarakat Nenggiri serta merealisasikan harapan semua generasi muda ke arah yang lebih baik dan berdaya saing khususnya di Kelantan.

Ini adalah satu titik kebangkitan bahawa UMNO dan BN akan bangkit semula dengan membawa panji-panji kemenangan seterusnya. Berdasarkan cara pemikiran serta harapan generasi muda dan masyarakat keseluruhannya yang sentiasa menginginkan perubahan ke arah yang lebih baik dengan memiliki pemimpin yang sentiasa berjuang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya.

Walaupun Kelantan bukan di bawah pentadbiran UMNO dan BN namun negeri itu sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang mahu melihat Kelantan terus membangun dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain lagi secara adil serta saksama seperti negeri-negeri lain.

Hakikatnya, pada hari ini sumbangan serta jasa UMNO/BN terbukti besar kepada rakyat Kelantan sejak daripada dahulu dan terus mengalir dalam ingatan rakyat negeri itu. Walaupun ada sesetengah pihak yang di sebelah sana cuba menafikannya.

Cuba kita lihat pada peringkat negeri sahaja, Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir selama 33 tahun selalu mengalihkan pelbagai isu dan tidak pernah mengambil cakna terhadap masalah rakyat serta hala tuju persekitaran negeri apabila berbangkit sebaliknya menuding jari ke arah kerajaan Pusat sehingga terlupa segala kemudahan yang ada dan diberikan selama ini adalah ihsan daripada kerajaan Pusat.

Kekalahan Perikatan Nasional (PN) merupakan suatu isyarat bahawa masyarakat kini mahukan perubahan dan menolak segala ekstrem politik fitnah, hasut menghasut termasuklah menggunakan agama sebagai tunggangan semata untuk meraih perhatian.

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada seluruh pengundi-pengundi DUN Nenggiri yang telah memilih BN serta memberikan kepercayaan bagi menerajui kawasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua jentera angkat BN negeri-negeri, parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan dan penyokong-penyokong yang telah berusaha keras berkempen.

Tahniah juga kepada seluruh kepimpinan tertinggi parti serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa komited dalam memastikan kemenangan kepada calon BN bagi PRK DUN Nenggiri, Kelantan, minggu lalu.-UTUSAN

MOHAMMED IRFAN MOHD HALMI
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN