Cakna dengan asnaf riqab

Cakna dengan asnaf riqab

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) akan membimbing golongan asnaf riqab yang memerlukan bantuan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. – GAMBAR MAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ASNAF riqab merupakan seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan masalah akidah antaranya seperti penagihan dadah, sumbang mahram, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), orang Islam yang terpesong agama serta lain-lain pecahan jenis asnaf riqab seperti mana yang difatwakan pada 2012.

Sebagai pihak berkuasa utama dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam melaksanakan program-program kesedaran melibatkan masalah sosial dan akidah.

Bagi memberi peluang umat Islam mendekati golongan asnaf riqab, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024 yang diadakan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2024.

Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kempen berlangsung antaranya ialah Forum Riqab, Ceramah Informasi Asnaf Riqab, Program Bimbingan Asnaf Riqab, Program Ilaj; Rehab Asnaf Riqab (HIV/Dadah&Sosial), Kaunter Penerangan Riqab, Ihtifal Amal Islami Rumah Pemulihan Riqab dan Seminar Riqab Negeri Selangor.

MAIS memperuntukkan sebanyak RM19.4 juta dari peruntukan zakat asnaf riqab untuk tahun ini bagi membantu dan membimbing golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan selain pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Sehingga Jun 2024, MAIS menyantuni 5,943 golongan asnaf riqab di Selangor melalui bimbingan dan bantuan kebajikan bagi golongan terbabit. MAIS juga melantik seramai 184 orang Guru Pembimbing Al Riqab bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar dan diredai.

MAIS berharap, penganjuran kempen ini dapat menyediakan ruang dan informasi kepada umat Islam agar dapat mengenali asnaf riqab dengan lebih dekat serta cakna dengan masalahakidah dan gejala sosial yang berlaku kini.-UTUSAN

TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF
Pengerusi MAIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN