Terima kasih pegawai polis

Terima kasih pegawai polis

MASIH ramai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdedikasi dan ikhlas membantu tanpa mengharapkan pembalasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saudara Pengarang,

SAYA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai polis yang berdedikasi yang membantu saya sekeluarga ketika kereta kami mengalami kerosakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang iaitu dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu.

Pegawai Polis, Razman Mohamed Ali dari Balai Polis Pekan Awah, Maran, Pahang bersungguh-sungguh membantu sehingga sanggup menghubungi bengkel di samping membantu menghidupkan semula kereta.

Saya berharap dengan pengalaman ini dapat membuktikan masih ramai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdedikasi dan ikhlas membantu tanpa mengharapkan pembalasan. Saya telah menghulurkan RM50 sebagai tanda terima kasih sebelum bergegas ke tandas seketika dan tanpa sedar anggota berkenaan memulangkan duit tersebut kepada anak kecil kami. Perkara ini diceritakan oleh isteri saya.

Semoga Allah jua membalas kebaikan anggota polis berkenaan yang bersedia menghulur bantuan seikhlas hati. Semoga tulisan ini menyedarkan kita semua bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia meskipun saban hari kita didedahkan dengan berita negatif dalam media sosial.-UTUSAN

Pemilik VIOS
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN