SAUDARA PENGARANG, ANTARA persediaan yang perlu bagi yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir ialah kesediaan fizikal. Pembedahan kecil perlu dibuat untuk mewujudkan akses kepada rawatan bergantung kepada jenis dialisis yang perlu jalani. Keengganan untuk melakukan pembedahan lebih awal boleh menyebabkan komplikasi yang teruk dan membahayakan nyawa sendiri. Pakar buah pinggang atau lebih dikenali sebagai pakar nefrologi akan membantu prosedur ini sekiranya telah membuat keputusan untuk meneruskan rawatan secara dialisis. …