SAUDARA PENGARANG, KEJOHANAN Piala Thomas yang baharu lalu merupakan kejohanan dwitahunan edisi yang ke 33. Tahniah diucapkan kepada kontinjen China kerana berjaya mengukir nama sebagai juara sekali gus merangkul Piala Thomas buat kali ke-11. Tahniah juga diucapkan kepada kontinjen negara atas saingan yang diberikan walaupun secara jujur pada pandangan saya, persembahan yang dipersembahkan amat hambar, mengecewakan dan tidak menyengat. Mengimbas kembali kenangan pada malam 16 Mei 1992, detik Harimau Malaya…










