Sepatutnya UMNO lebih matang

Sepatutnya UMNO lebih matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia, terbitan 13 Mei lalu bertajuk Hanya Melayu boleh bunuh.

Artikel itu memetik Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub sebagai berkata UMNO akan berkubur seperti nasib Parti Kongres India dan Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun jika orang Melayu tidak lagi memerlukan parti tersebut.

Mustapha berkata lagi, UMNO tidak akan mati selagi orang Melayu terus menghidupkannya sebaliknya boleh berkubur sekiranya ditolak oleh kaum itu sendiri.

Ingin saya tegaskan bahawa ahli atau penyokong UMNO tiada sebarang masalah, apa yang mendukacitakan ialah pihak kepimpinan induk parti tu sendiri. Sebagai contoh sesebuah masyarakat dalam rumah tangga yang mana sekiranya kepimpinan atau ibu bapa itu benar-benar baik dalam menerajui serta patuh kepada ajaran Islam, maka sudah tentulah ia selamat dan sejahtera adanya. Tetapi sekiranya sebaliknya maka porak-perandalah keadaannya.

Justeru itu, tidak wajar meletakkan kesalahan di bahu ahli atau penyokong UMNO. Sebaliknya perlu ada perubahan dalam parti. Kepimpinan UMNO, baik yang lama atau yang baharu jangan sekali-kali memperlihatkan dasar pemikiran yang tidak boleh diterima oleh golongan bawahan.

Mengejar kesenangan serta kemajuan hidup tidaklah salah, tetapi mesti meletakkan Islam itu di kedudukan yang paling tinggi.

Disamping itu, kerjasama UMNO dengan DAP itu bukannya berpunca daripada ahli atau penyokong UMNO tetapi barisan kepimpinan parti.

Sepatutnya perjuangan UMNO yang kini mencecah 78 tahun semakin matang serta semakin utuh dalam perjuangan selain menegakkan bangsa agama dan negara tetapi agak malang parti ini tewas juga kesudahanya.

Akhir sekali dalam perjuangan hidup kita di dunia yang fana ini hendaklah selari dengan suruhan dan tegahan Yang Maha Esa kerana itu adalah asas kejadian serta ciptaan ke atas diri kita sebagai hamba Allah yang serba lemah.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN