SAUDARA PENGARANG, PROGRAM Permukiman Syariah Amanah Nasional (PAKSI 01) Biro Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu. Biro Syariah berpandangan mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut mesti dikenakan tindakan yang tegas dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili dengan sewajarnya.…