Bayaran insentif bantu penjawat awam berdepan kenaikan kos

Bayaran insentif bantu penjawat awam berdepan kenaikan kos

DI tengah-tengah cabaran ekonomi, bayaran insentif berupaya memberi sokongan tambahan kepada penjawat awam khususnya dalam aspek meningkatkan kestabilan kewangan dan kesejahteraan keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober tahun lalu, kerajaan mengumumkan bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai menghargai penjawat awam yang berkhidmat dengan setia dan berdedikasi.

Di tengah-tengah cabaran ekonomi, insentif ini dilihat berupaya memberikan sokongan tambahan kepada penjawat awam khususnya dalam aspek meningkatkan kestabilan kewangan dan kesejahteraan keluarga.

Ini ditambah dengan cabaran kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar terutama bagi kakitangan gred rendah seperti Gred N11 yang masih menerima gaji permulaan sekitar RM1,216 sebulan.

Pada masa sama, pemberian insentif ini diharap dapat meningkatkan semangat dan kepuasan bekerja penjawat awam di samping menyuntik dorongan positif agar lebih produktif, seterusnya dengan cemerlang menyumbang kepada rakyat dan negara.

Sudah tentu, penjawat awam menghasratkan agar kajian SSPA tahun ini bakal memanifestasikan hasil yang terbaik terhadap skim gaji kerajaan yang tidak pernah dikaji semula sejak sekian lama (melebihi 10 tahun).

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013.

Hakikatnya, pemberian insentif awal kajian SSPA ini memberikan implikasi positif kepada penjawat awam yang sekian lama menantikan ‘pemugaran’ kedudukan gaji semasa dilaksanakan ekoran tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sungguhpun insentif yang diberikan adalah bersifat sekali beri (one-off), namun bagi penjawat awam gred rendah yang gajinya adalah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), sedikit sebanyak langkah strategik kerajaan ini memberikan nafas yang lega.

Bahkan, langkah ini seiring dengan tuntutan penyampaian sektor awam awam yang mahukan keberhasilan di luar kelaziman dan sudah semestinya suntikan imbuhan yang setimpal ialah sesuatu yang wajar.-UTUSAN

SYED MOHAMAD AL ADROS TUAN MUNING
Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan INTAN Bukit Kiara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN