SAUDARA PENGARANG, TREND yang semakin menjadi kebiasaan di kalangan sekolah-sekolah terkemuka ialah penganjuran majlis graduasi di hotel mewah. Ia menimbulkan beberapa isu penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah, ibu bapa, pelajar yang kurang berkemampuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Penganjuran majlis graduasi di hotel mewah membawa beban kewangan yang besar kepada ibu bapa pelajar. Biaya penyewaan ruang, penyediaan makanan, dan pembelian pakaian seragam graduasi di…










