Ibu bapa bukan Islam sanggup sediakan bekal

Ibu bapa bukan Islam sanggup sediakan bekal

TIADA masalah bagi pelajar bukan Islam dan yang masih belum berpuasa untuk makan bekalan di kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK pasti sama ada kenyataan seorang menteri berkaitan isu pelajar bukan Islam makan di stor atau menyorok-menyorok benar-benar berlaku atau tidak tetapi sepanjang pengalaman saya sebagai seorang guru, perkara sebegitu belum lagi berlaku atau didengari.

Bahkan saya percaya masyarakat majmuk di negara Islam ini sudah pun memahami umat Islam akan menyambut Ramadan selama sebulan pada setiap tahun. Dan setiap peraturan (sekiranya ada) tidak menimbulkan permasalahan kerana golongan bukan Islam menghormati ibadah ini.

Jika dilihat pada hujah para ulama terdahulu telah menetapkan hukum haram untuk orang mukmin berniaga makanan di siang hari kecuali ketika waktu dekat berbuka kerana tidak boleh terlibat dengan perkara syubhah iaitu menjual makanan kepada muslim yang tidak mahu berpuasa.
Sebagaimana penetapan hukum Fiqh Muamalat mengharamkan jual beli selepas azan solat Jumaat, begitu juga pengharaman menjual makanan ketika berpuasa siang hari di bulan Ramadan.

Syaikh Abdul Muhsin al-A’bbad dalam Syarah Sunan Abu Dawud mengeluarkan fatwa mengenai hukum berdagang dan menjual makanan pada siang Ramadan, “Tidak boleh bagi seorang Muslim menjual makanan pada siang Ramadan baik kepada orang Islam maupun kepada orang kafir”. (Al-Abbad, 1992).
Adapun fatwa harus jual makanan kepada mereka yang tidak wajib berpuasa seperti uzur sakit, anak kecil dan wanita haid ada dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun dengan syarat tidak dijual di tempat terbuka.

Kerana itu, untuk sekian lama beberapa buah sekolah di negara ini tidak akan menjual makanan terutama di kantin sekolah selama sebulan namun bagi pelajar bukan Islam atau kanak-kanak yang masih belum berpuasa, boleh sahaja memakan bekal yang dibawa dari rumah di kantin sekolah.

Dan, ia tidak pernah menjadi isu sebelum ini, bahkan ibu bapa bukan Islam tiada masalah menyediakan bekalan buat anak mereka ke sekolah, apatah lagi mengadu anak mereka terpaksa makan di stor.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN