Teknologi bantu tingkat keupayaan individu dengan autisme

Teknologi bantu tingkat keupayaan individu dengan autisme

SALAH seorang peserta yang menyertai kajian penggunaan robot untuk anak syurganya, di Fakulti Sains Kesihatan Univerisiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INDIVIDU dengan autisme menghadapi cabaran dalam membina perhubungan sosial, berkomunikasi dan menjalankan kemahiran kehidupan seharian.

Bagi membantu mereka mencapai potensi terbaik, penggunaan teknologi memberi peluang untuk mereka mempelajari sesuatu kemahiran. Jadi teknologi terkini boleh dijadikan medium untuk meningkatkan motivasi bagi mempelajari sesuatu dan meningkatkan potensi mereka ke arah hidup berdikari.

Antara teknologi yang boleh dijadikan terapi dan intervensi teraputik ialah realiti maya, pemodelan video dan penggunaan robot.

Realiti maya adalah teknologi yang mula mendapat perhatian dalam rawatan autisme. Ia membolehkan individu dengan autisme berinteraksi dalam persekitaran maya yang selamat dan menggalakkan perkembangan kemahiran sosial. Aplikasi ini membantu individu memahami ekspresi wajah dan emosi seterusnya melatih mereka dalam perhubungan sosial dengan lebih baik.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pelantar terapi dan pembelajaran yang menarik, yang mana ia dapat memberi maklum balas secara langsung, menjadikan teknologi ini sebagai sumber harapan dalam menyokong perkembangan individu dengan autisme.

Pemodelan video terbukti meningkatkan kemahiran komunikasi, tingkah laku sosial dan kemahiran kehidupan seharian kerana mereka dapat mengamalkannya dalam konteks sebenar.
Robot seperti ‘Nao’ digunakan dalam sesi terapi untuk meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi.

Dengan usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan aplikasi, penyelidik di Malaysia dapat membantu individu dengan autisme mencapai potensi terbaik mereka.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAMIR CHE DAUD
Fakulti Sains Kesihatan, UiTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×