SAUDARA PENGARANG, KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan berkaitan dengan Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) menarik pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat. Saya percaya tindakan ini merupakan satu langkah progresif dalam memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan pada masa sama, meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris. Hakikatnya, Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah memastikan kecekapan pelajar dalam kedua-dua bahasa ini. Sangat tepat apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menekankan bahawa…










