SAUDARA PENGARANG, BAGI saya, kerajaan mengambil satu langkah berani apabila berhasrat mengubah sepenuhnya landskap skim pencen bagi kakitangan kerajaan baharu. Keputusan terbaru ini menandakan skim pencen konvensional akan berakhir dan satu pendekatan baharu yang lebih progresif dan memberangsangkan akan diambil bagi memastikan kakitangan awam terus menikmati keistimewaan. Pada hemat saya, melalui sistem ini, setiap kakitangan kerajaan baharu yang dilantik ke jawatan tetap tanpa pencen akan menerima pinjaman berupa deposit pelaburan…










