Membina pembangunan komuniti Muslim maju di Perak

Membina pembangunan komuniti Muslim maju di Perak

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa ilmu ialah teras untuk membangunkan masyarakat yang progresif dan membina tamadun yang agung semasa Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2024-2025 dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak serta Majlis Penyerahan Zakat, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMASA Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2024-2025 dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak serta Majlis Penyerahan Zakat di Dewan Al-Ghazali, baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa ilmu ialah teras untuk membangunkan masyarakat yang progresif dan membina tamadun yang agung.

Menurut Baginda, tahap penguasaan ilmu menentukan tahap pengertian, fahaman dan penguasaan sesuatu bidang kehidupan.

“Ilmu ialah komponen membentuk nilai-nilai keperibadian seseorang insan, mengangkat taraf kehidupan masyarakat, menjulang kemuliaan sesuatu bangsa dan negara.

“Malah ilmu berperanan sebagai perisai paling kukuh untuk melindungi manusia daripada tergelincir akidah kerana terpengaruh dengan tafsiran ulama samaran atau terpesong fahaman kerana ungkapan kata-kata pemimpin palsu yang bertopengkan agama,” titah Baginda.

Saya amat tertarik dan menjunjung kasih Sultan Nazrin yang menegaskan bahawa keagungan Islam mahu dijulang, jika martabat bangsa mahu didarjatkan, usaha untuk memperkayakan generasi muda dengan ilmu wajib diberikan tumpuan, melalui persepakatan gerakan yang tersusun lagi strategik, diselaraskan dan digabungkan.

“Dalam hasrat mewujudkan pendekatan strategik tersebut, Majlis bersama institusi Orang Besar Jajahan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia dan Sukan, Yayasan Perak, Majlis Belia Negeri serta Jawatankuasa Masjid perlu digabungkan agar berupaya mewujudkan rangkaian kerja strategik termasuk pembangunan semua institusi masjid sebagai pusat sehenti berbagai manfaat hab pelbagai golongan masyarakat dan tidak hanya berfungsi sebagai aktiviti solat, pengajian dan solat jemaah semata-mata.

“Rangkaian yang digabungkan itu juga dapat mengoptimumkan, menyelaras dan mengkoordinasi sumber dan tenaga, merintis usaha, memperkenalkan dan melaksanakan program-program yang lebih inovatif dan kreatif sifatnya, bersasar dan berfokus sesuai dengan cabaran dan keperluan semasa,” titah Baginda.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN