SAUDARA PENGARANG, IBU dan ayah merupakan insan yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai. Ibu, seorang insan yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan 10 hari, melahirkan dan menjaga kita tanpa mengenal erti susah payah. Ayah, seorang insan yang sanggup menggunakan tenaga empat keratnya melebihi kudrat semata-mata untuk mencari nafkah supaya keluarganya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Oleh hal yang demikian, tiada sebab…










