Media sosial punca akhlak remaja rosak

Media sosial punca akhlak remaja rosak

SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai remaja terlibat dalam gejala sosial termasuk kes-kes yang dibawa ke mahkamah.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKHLAK remaja sering diperkatakan semakin meruntuh sejak akhir-akhir ini. Hal ini sering menjadi bualan hangat di media sosial berkaitan akhlak remaja yang semakin tidak mencerminkan keperibadian baik lebih-lebih lagi remaja Islam.

Remaja memainkan peranan sangat penting untuk negara memandangkan golongan itu  merupakan pelapis pemimpin negara. Remaja seharusnya diberikan contoh teladan yang baik agar tidak terjebak dengan anasir-anasir negatif di luar sana.

Media sosial antara punca runtuhnya akhlak remaja. Ini kerana semakin ramai yang menyalahgunakan medium ini. Media sosial banyak memberi impak buruk kerana golongan tersebut bebas untuk membuat apa sahaja carian tanpa batasan selain mudah terpengaruh dengan trend semasa yang tidak membawa faedah.

Untuk atasi isu ini,  penggunaan media sosial dalam kalangan remaja perlu dipantau oleh ibu bapa selain membataskan penggunaan gajet agar tidak ketagih dan terdedah dengan budaya Barat.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan penting dengan memastikan tahap kehadiran memuaskan selain melihat kepada prestasi pelajar di sekolah.  Bertanyalah kepada  pelajar yang kerap hilang fokus atau mengantuk ketika sesi pembelajaran. Cara ini mungkin dapat mengatasi ketagihan gajet.

Bahkan remaja juga perlu diberi sepenuh perhatian ketika berada di sekolah mahupun universiti supaya mereka tidak tersasar dari landasan sepatutnya seperti digariskan dalam Islam.

Kita tidak mahu kes-kes seperti yang berlaku baru-baru ini apabila tujuh remaja direman dua hari kerana terlibat dengan kes pukul seorang pelajar lelaki akibat cemburu. Antara yang terlibat adalah seorang warga asing dan selebihnya pelajar sekolah.

Justeru, bagi remaja, mereka perlu bijak memilih rakan dan memastikan persekitaran yang sihat ketika berada di sekolah mahupun universiti supaya tidak mudah terjerumus dalam aktiviti sosial tidak sihat. 

Cara ini juga akan dapat melahirkan masyarakat berakhlak dan berkepribadian mulia serta penuh dengan nilai-nilai murni yang positif. Ini sekali gus dapat menjaga imej negara seperti termaktub dalam Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.-UTUSAN

NUR IZZATI SYAZWINA YUSUF

Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya