Terus tunjuk solidariti buat Palestin tanda benci kekejaman

Terus tunjuk solidariti buat Palestin tanda benci kekejaman

ANTARA solidariti rakyat Malaysia buat saudara di Palestin adalah agar kekejaman yang dilakukan Israel dihentikan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI generasi yang terhubung secara global dalam dunia maya melalui internet, isu–isu hangat semasa tidak lagi asing dan mudah untuk diakses. Konflik Palestin-Israel kembali membanjiri platform dunia melalui pelbagai akses maklumat yang tersedia sejak 7 Oktober lalu.

Isu ini tidak lagi asing di mata dunia kerana setelah berpuluh tahun penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin ditindas dan dizalimi di negara mereka sendiri sehingga digelar ‘Penjara Terbuka Terbesar Dunia’ oleh badan-badan kemanusiaan. Kita dapat melihat kondisi terkini dalam peperangan tersebut walaupun cuba disembunyikan media Barat.

Justeru, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam wajar bersyukur kerana pendirian barisan pemimpin negara memihak kepada Palestin, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengajak seluruh rakyat menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober lalu sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin selain menyalurkan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Turut serta menampilkan sokongan adalah francais makanan segera yang menyumbang RM1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.

Golongan belia pula tidak lekang melaungkan bantahan terhadap tindakan Zionis yang membunuh jiwa-jiwa tanpa ihsan.

Solidariti berbentuk konvoi, boikot barangan keluaran Israel, menganjur program dan seminar kesedaran mengenai Palestin juga menyertai perhimpunan dianjurkan oleh pelbagai pihak menandakan anak muda di Malaysia masih mempunyai jiwa empati tinggi.

Selain itu, banyak cara lain ditunjukkan termasuk ciptaan aplikasi permainan vide oleh pelajar sekolah yang menghimpunkan kanak-kanak dari seluruh dunia secara maya bagi menunjukkan protes dilakukan Zionis.

Seterusnya, bagi yang mahir menggunakan sosial media, pelbagai video kesedaran yang kreatif dimuat naik sehingga tular di seluruh dunia walaupun algoritma menurun dan mengharamkan video tersebut tersebar lebih luas.

Oleh demikian, jangan berhenti, tampilkan solidariti kepada saudara kita di Palestin. Sekurang-kurangnya usaha-usaha yang dilaksanakan sedikit sebanyak membantu membuka mata manusia yang buta hatinya dan memaksa para pemimpin dunia untuk mengambil langkah bernas.-UTUSAN

NURHADINA SUHAILI
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya