UPSR, PBD persiap pelajar hadapi masa depan

UPSR, PBD persiap pelajar hadapi masa depan

NEGARA kini sudah beralih daripada sistem pendidikan berasaskan peperiksaan kepada sistem aktiviti pembelajaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEPUTUSAN menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan menggantinya dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diambil kerajaan bermula 2021. Namun, beberapa pihak berpendapat bahawa UPSR masih penting dalam menilai kemampuan akademik pelajar pada tahap pendidikan dasar.

Namun, di sisi lain, beberapa pihak berpendapat PBD menekankan pada pembangunan holistik dan memberi kebebasan kepada guru untuk menilai pelajar secara keseluruhan, bukan hanya akademik sahaja.

Pun begitu, oleh kerana PBD tidak memiliki format yang tetap, terdapat julat berbezaan penilianan antara guru dan sekolah. Hal ini dapat menyebabkan ketidakadilan antara murid-murid dalam sekolah yang berbeza. Selain itu, tidak ada standard nasional yang jelas sehingga sukar untuk membandingkan hasil penilaian antara sekolah yang berbeza.

Sementara UPSR mempunyai kelebihan sebagai penilaian bersifat nasional. Hal ini memastikan bahawa semua murid diuji dengan standard yang sama, sehingga dapat memberi gambaran yang representatif tentang kualiti pendidikan di negara ini.

Dalam hal ini, UPSR dapat membantu mempersiapkan pelajar untuk ujian-ujian yang lebih sukar di masa depan. Oleh kerana UPSR adalah ujian nasional, banyak murid merasa bermotivasi untuk belajar dan berusaha meraih hasil yang baik. Hal ini dapat membantu meningkatkan semangat belajar dan produktiviti akademik murid-murid.

Namun UPSR mempunyai kekurangannya tersendiri. UPSR hanya menilai kemampuan akademik serta mengabaikan kemampuan dan kecakapan lain yang juga penting dalam kehidupan, seperti kemampuan berkomunikasi, kreativiti dan kecekapan sosial.

Ini menyebabkan pelajar terlalu tertekan untuk meraih hasil yang baik sehingga mempengaruhi kesihatan mental dan kesejahteraan.

Oleh kerana itu, kedua pendekatan penilaian ini dapat saling melengkapkan antara satu sama lain dalam memberikan penilaian yang lebih holistik dan adil bagi pelajar. Hal ini dapat membantu mempersiapkan mreka menghadapi tantangan kehidupan yang lebih luas dan kompleks di masa depan.-UTUSAN

MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH
Fakulti Ekonomi & Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya