Cabar DAP ubah perlembangaan parti

Cabar DAP ubah perlembangaan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengambil kesempatan untuk mengulas berita bertajuk Bukan salah DAP? diterbitkan Utusan Malaysia pada 6 Jun lalu.

Dalam artikel berkenaan, sumber iaitu pemimpin tertinggi DAP menyatakan, mereka tiada masalah dengan keadaan semasa politik hari ini, namun mereka mendakwa berdepan persepsi yang parti itu bersikap perkauman dan hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja, iaitu orang Cina.

Malah pemimpin DAP itu turut menyatakan, mereka sebenarnya positif menerima kerjasama dengan UMNO kerana beberapa faktor antaranya melihat sokongan Melayu tidak cenderung kepada PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) meskipun kedua-duanya adalah parti Melayu.

Maka sebab itu jelasnya, kerjasama dengan UMNO sebenarnya dilihat mampu memberi keuntungan kepada DAP berikutan sokongan rakyat terhadap berbanding PKR dan Amanah, sekali gus boleh menewaskan lawannya, iaitu Perikatan Nasional (PN).

Saya berpendirian kepimpinan DAP kirakira 10 tahun lalu bertegas menentang pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini walaupun ia hanya melibatkan umat Islam.

Ini yang menjadi masalah sebenarnya bagi UMNO dan Melayu. Ini juga membuktikan DAP menentang Islam dalam keadaan apa sekali pun.

Bahkan sebilangan ahli DAP tetap mempunyai niat tidak baik terhadap orang Melayu dan ia dilakukan secara senyap.

Jika benar parti itu sudah lebih terbuka dan menerima sepenuhnya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang dahulunya menjadi seteru mereka, maka saya ingin mencabar kepimpinan DAP supaya membuat pindaan perlembagaan parti supaya selari atau tiada sebarang percanggahan dengan perlembagaan negara.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN