Rakyat kita malas, suka baca tajuk saja

Rakyat kita malas, suka baca tajuk saja

MASYARAKAT perlu menerapkan amalan membaca supaya tidak berlaku kekeliruan dalam apa jua berita yang diterima.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FENOMENA strok haba yang sedang berlaku sekarang amat dahsyat sehingga melibatkan kematian seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan baru-baru ini. Banyak maklumat dikongsikan di akhbar dan media sosial berhubung kejadian ini. Ada yang betul, ada juga yang salah informasinya.

Masyarakat sering kali dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih daripada doktor atau pakar bertauliah dan bukan daripada sumber tidak betul.

Namun begitu, menjadi ‘adat’ bagi pengamal media untuk memilih tajuk yang mampu menarik minat pembaca meneliti keseluruhan artikel tersebut. Ini bertujuan mengejar umpan klik (clickbait), iaitu teks atau imej kecil berpautan yang direka khusus bagi menarik perhatian pembaca untuk mengklik dan mengikuti pautan berkenaan.

Namun, sayangnya segelintir rakyat Malaysia hanya gemar membaca tajuk sehingga menimbulkan salah faham.

Justeru, masyarakat perlu menerapkan amalan membaca supaya tidak berlaku kekeliruan dalam apa jua berita yang diterima.

Terdapat kajian menyatakan purata bacaan buku setiap rakyat Malaysia hanya dua buah setahun. Angka ini adalah rendah untuk sebuah negara yang sedang pesat membangun dan mempunyai visi untuk bersaing dengan negara maju lain.

Amalan membaca sebelum berkongsi adalah penting bagi memastikan kita memahami sepenuhnya kandungan cerita sebelum menyebarkannya pada orang lain.

Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk selidik terlebih dahulu kesahihan berita yang ingin disebarkan. Hal ini dapat mencegah masyarakat menyebarkan maklumat yang salah atau tidak benar dan juga membantu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat.

Sementara bagi agensi media pula, lebih baik elak memilih tajuk untuk meraih umpan klik dan tontonan ramai.-UTUSAN

NUR ALYA ATHIRAH SHAFIK dan DR. MUHAMMAD RAQIB MOHD. SOFIAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya