Pastikan kanak–kanak selamat

Pastikan kanak–kanak selamat

SEMUA pihak khususnya ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga serta melindungi kanak-kanak yang berada dibawah jagaan mereka. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMENJAK akhir–akhir ini sering kedengaran pelbagai isu melibatkan kanak–kanak seperti pengabaian, penderaan, kecuaian penjagaan dan lain–lain lagi. Terdapat juga isu golongan ini tidak dipantau dengan baik oleh ibu bapa dan penjaga sehingga mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti basikal lajak, membawa kenderaan tanpa sebarang lesen, terlibat dengan lumba haram, melepak, bermain mercun yang bahaya, penyalahgunaan dadah serta aktiviti jenayah lain.

Negara kita sudah pun memiliki sebuah akta khusus bagi menjaga serta melindungi golongan kanak–kanak iaitu Akta Kanak–Kanak 2001 (Akta 611). Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 dengan memansuhkan tiga peruntukkan undang–undang lapuk serta tidak sesuai untuk digunakan lagi dalam negara iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90), Akta Perlindungan Kanak–Kanak 1991 (Akta 468) dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106).

Akta ini memberi fokus kepada aspek pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan golongan kanak–kanak dalam negara. Pada 2016 pindaan telah dilakukan bagi terus memantapkan lagi aspek perlindungan dan kebajikan terhadap golongan berkenaan.

Akta mendefinisikan golongan kanak–kanak melalui Seksyen 2 sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah serta seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Seksyen 31 pula memperuntukkan bahawa mana–mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak–kanak yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak–kanak itu atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau yang menganiayai dari segi seks atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua–duanya.

Semua pihak khususnya ibu bapa dan penjaga mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga serta melindungi kanak–kanak yang berada dibawah jagaan mereka.

Keselamatan kanak–kanak perlu diberi fokus oleh semua pihak. Jiran tetangga serta masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan bagi melindungi golongan itu.-UTUSAN

PROFESOR. MADYA. DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.