Jadikan kuarters guru terbiar sebagai Kuarters Gunasama

Jadikan kuarters guru terbiar sebagai Kuarters Gunasama

KUARTERS guru yang terbiar akan mengalami kerosakan lebih serius dan memerlukan kos tinggi untuk dibaik pulih semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying semasa persidangan Parlimen mendedahkan lebih 18,740 daripada 47,947 unit kuarters guru milik kementerian itu tidak berpenghuni disebabkan pelbagai faktor. Antaranya lokasi yang jauh dari sekolah, keadaan kuarters yang sering rosak tanpa dibaiki dan lain-lain lagi. Bilangan ini agak besar iaitu hampir 40 peratus kuarters tidak didiami ini merupakan pembaziran dan gajah putih yang mungkin bernilai jutaan ringgit tanpa dimanfaatkan sepenuhnya.

Matlamat asal pembinaan kuarters guru bertujuan mengatasi masalah tempat tinggal kepada guru-guru yang sering bertukar sekolah dan kebanyakan sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah berada di luar bandar atau jauh sedikit dari pusat bandar yang menyebabkan kesukaran bagi guru baharu mendapatkan rumah sewa. Lantaran itu kerajaan pada tahun 1990-an telah membina kuarters guru hampir di setiap daerah di seluruh negara.

Sekiranya kuarters berkenaan terus tidak didiami maka kerosakan yang berlaku akan menjadi lebih serius dan memerlukan kos tinggi untuk dibaik pulih semula.

Elok rasanya pihak kementerian berkaitan dan kerajaan negeri termasuk agensi kerajaan yang terlibat membuat perancangan supaya kuarters berkenaan dijadikan Kuarters Gunasama yang boleh digunakan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri.
Jika terdapat kuarters yang dibina di atas tanah bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka elok juga unit berkenaan dijual kepada orang awam yang layak dengan syarat layak untuk dikeluarkan geran strata.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya