Bahaya ada warga tanpa dokumen

Bahaya ada warga tanpa dokumen

TERDAPAT cadangan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur ditutup.– UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMURAHAN hati kita menerima pelarian diambil kesempatan oleh golongan imigran yang tidak takut melanggar undang-undang asalkan dapat tinggal di negara bertuah ini.

Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini, mendedahkan sejumlah 200,000 daripada 800,000 rak­yat Bangladesh yang mencari re­zeki di negara ini dikesan tidak mempunyai dokumen sah sehingga mengundang pelbagai masalah terutama kes imigresen.

Angka itu berdasarkan laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (UNDP) pada Julai 2020 yang mendedahkan jumlah warga Bangladesh yang tinggal di Malaysia ketika pandemik Covid-19.

Data Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula setakat Mac lalu, warga Bangladesh berjumlah 453,363 orang menduduki carta teratas jumlah pekerja asing di negara ini berbanding 412,930 warga Indonesia. Rakyat Nepal seramai 307,552 tempat ketiga.

Terdapat juga insiden melibatkan warga Bangladesh mengeksploitasi kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan menyamar menjadi pelarian Rohingya sebagai kaedah untuk menetap di negara ini.

Bagi saya, dakwaan 200,000 pekerja Bangladesh tidak mempunyai dokumen sah dan sebahagiannya menyamar sebagai pelarian negara lain semata-mata untuk tinggal selama boleh di negara ini adalah satu ancaman besar kepada kita.
Ini kerana angka ini lebih banyak berbanding 126,892 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Di Bangladesh, pelarian Rohingya tinggal dalam kem dan tidak boleh bercampur dengan rakyat Bangladesh. Kerajaan Bangladesh tidak membenarkan pelarian Rohingya berkahwin dengan rakyat negara itu.

Di negara ini, pelarian Rohingya ada koloni mereka sendiri di Selayang, Selangor. Di Kelantan dan Terengganu, pelarian Rohingya ramai tinggal di kampung bekerja sebagai tukang rumah dan pencari barang lusuh. Di Kedah dan Melaka ada komuniti Rohingya.

Pelarian Rohingya boleh berkahwin dengan warganegara tempatan. Boleh berniaga dengan membuka kedai dan menjual sayur di pasar. Itu punca kad UNHCR begitu laku dalam kalangan pelarian Rohingya dan imigran Bangladesh yang bukan pelarian tetapi mempunyai rupa paras hampir sama.

Di negara ini, imigran boleh kaya-raya dan hidup mewah asalkan kuat bekerja dan pandai berniaga. Lebih baik bermastautin di Malaysia daripada balik ke negara sendiri yang sudah padat penduduk.

Oleh itu, pemimpin negara dan menteri tidak boleh melihat isu lambakan warga asing termasuk pelarian sebagai masalah yang tiada kesan kepada rakyat.

Cadangan saya ialah pertama, kerajaan segera melaksanakan program pemutihan buat pemegang kad UNHCR.

Kedua, jika pekerja asing Bangladesh menyamar sebagai Rohingya untuk mendapatkan kad UNHCR, usir mereka keluar.

Ketiga, siasat identiti sebenar pelarian yang bekerja sendiri. Mereka benar-benar pelarian Rohingya atau warga Bangladesh?

Keempat, jangan benarkan pekerja asing dan pelarian memohon taraf pemastautin tetap dan kewarganegaraan Malaysia walaupun mempunyai pasangan rakyat tempatan.

Kelima, tutup pejabat UNHCR di Kuala Lumpur sekiranya mereka berterusan mengeluarkan kad kepada warga asing yang diragui identitinya.-UTUSAN

MOHD. ZUL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.