Jangan terlalu bergantung pada KWSP

Simpan duit untuk kecemasan, jangan terlalu bergantung pada KWSP

SEBARANG cadangan melibatkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diteliti dengan baik supaya wang simpanan itu tidak terjejas dalam kelangsungan hidup mereka di kemudian hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADALAH penting untuk setiap orang memiliki dua jenis simpanan wang, iaitu simpanan kecemasan dan simpanan persaraan. Simpanan kecemasan boleh digunakan ketika waktu kecemasan dan luar jangka manakala simpanan persaraan bagi kegunaan selepas bersara apabila tidak mampu untuk bekerja lagi untuk mencari sumber pendapatan.

Wang menjadi lebih penting selepas bersara kelak. Apabila usia meningkat, lebih banyak wang diperlukan dalam kehidupan. Ini kerana peningkatan usia manusia akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian terutama aspek kesihatan.

Usia lanjut akan menyukarkan proses carian kerja kerana tenaga pun semakin berkurangan. Ini akan membantutkan lagi saha untuk mencari sumber pendapatan.

Ramai majikan lebih gemar mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan orang muda yang lebih sihat dan bertenaga.

Oleh demikian, penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benarbenar kukuh bagi menampung kehidupan selepas bersara.

Sebarang cadangan melibatkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diteliti dengan baik supaya wang simpanan itu tidak terjejas dalam kelangsungan hidup mereka di kemudian hari.

Amat penting memiliki simpanan kecemasan supaya tidak terlalu bergantung harap pada wang simpanan yang telah dikhususkan untuk digunakan pada waktu persaraan.

Walaupun dilihat sukar dan membebankan, setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika diperlukan pada waktu kecemasan.

Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus kewangan harian. Amalan berjimat-cermat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan terdapat lebihan wang untuk disimpan dan digunakan sewaktu kecemasan.

Walaupun dijimat dan disimpan sedikit, namun sekiranya dilakukan setiap masa dan secara konsisten, ia akan menjadi banyak. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Sikap menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan perlu disemai dari kecil lagi. Kanak-kanak harus dilatih dari awal untuk menabung, mengamalkan sikap berjimat serta tidak membazir supaya mereka tidak menjadi kelam-kabut dari aspek kewangan apabila dewasa kelak.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya